Malu Perut Boroi Hingga Tak Mampu Bergaya?

Statistik terkini Kajian Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan 1 dari 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Ia telah meningkat daripada 44% pada tahun 2015 ke 50% pada tahun 2019.

Dalam kategori bentuk buah, Manusia terdiri dari dua jenis bentuk, iaitu bentuk epal dan bentuk pear. Kajian mengatakan badan manusia yang berbentuk epal, jumlah lemak bukan sahaja banyak di bawah kulit namun lemak juga banyak terkumpul di dalam rongga perut. Ini dipanggil sebagai masalah visceral obesiti. Selain daripada di dalam rongga perut, lemak visceral juga boleh didapati pada hati dan juga celah usus.

 

Lemak di dalam rongga perut ini sangat aktif, dimana ia menghasilkan agen keradangan iaitu adipocytokines. Bahan ini yang akan meningkatkan risiko penyakit-penyakit lain seperti kencing manis ataupun sakit jantung.

 

Saiz ukuran perut yang optimum bagi lelaki adalah tidak lebih daripada 35.5 inci, manakala untuk kaum wanita adalah tidak lebih 31.5 inci.

 

Kajian mengenai lemak visceral mendapati, jika terdapat lebihan sebanyak 0.5g lemak dalam pankreas, ia dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Diabetes.

Antara sebab perut boroi adalah disebabkan oleh masalah hormon insulin meningkat, iaitu hiperinsulinemia.

 

Simptom-simptom berkaitan hiperinsulinemia adalah:

  1. Perut semakin besar (memboroi)
  2. Berat badan susah turun
  3. Badan semakin letih

 

Bolehkah senaman mengatasi perut boroi?

 

Tidak boleh bergantung kepada senaman sahaja untuk atasi perut boroi. Melainkan anda fokus kepada senaman yang khusus pada perut, dimana ia akan memberi kesan tone up sahaja.

 

Tips Untuk Atasi Perut Boroi

 

  1. Elakkan gula putih

Gula putih mengandungi dua jenis molekul iaitu gabungan antara fruktosa dan glukosa. Glukosa diguna pakai oleh badan sebagai tenaga manakala fruktosa pula tidak boleh digunakan oleh badan anda. Fruktosa yang berlebihan boleh membahayakan dan ia hanya boleh diproses oleh hati dan boleh menyebabkan banyak keburukan seperti masalah keradangan kronik, menghasilkan titisan  lipid/lemak dan menghasilkan VLDL (kolesterol yang jahat). Gantikan dengan pemanis semulajadi Xeero.

 

  1. Lebihkan makanan bersifat protein dalam hidangan utama.

Pengambilan protein sebanyak 30% dalam diet harian akan mengurangkan craving/nafsu makan sebanyak 60%. Selain itu, kajian juga mendapati ia dapat meningkatkan metabolisma badan dengan membakar lebih 100 kalori serta mengurangkan 441 kalori harian. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan risiko peningkatan berat badan dan pengumpulan lemak visceral dalam badan.

 

  1. Mengurangkan pengambilan karbohidrat

Pengambilan karbohidrat terutamanya makanan ruji seperti nasi perlu dikurangkan. Kajian mendapati pengurangan karbohidrat dapat menurunkan selera makan individu. Diet kurang karbohidrat adalah 2-3x ganda lebih berkesan daripada diet rendah lemak untuk menurunkan berat badan.

 

  1. Tingkatkan pengambilan serat

Serat dapat membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih lama. Amalkan segenggam protein, segenggam karbohidrat dan dua tapak tangan sayuran dalam setiap hidangan utama. Kajian menunjukkan dengan peningkatan pengambilan serat sebanyak 14 gram setiap hari dapat menurunkan berat badan sebanyak 2kg dalam tempoh 4 bulan. Soluble fiber iaitu serat larut air adalah lebih bagus dan jika diambil sebanyak 10 gram sehari akan menurunkan 3.7 % lemak abdominal. Contoh serat larut air adalah plantago ovate / phsyllium husk(sejenis serat larut air).

 

  1. Senaman

Senaman secara istiqomah, sekurang-kurangnya berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari dapat membantu anda lebih aktif. Kajian menunjukkan bahawa senaman penting untuk menurunkan berat badan. Contoh senaman lain adalah seperti joging atau jalan kaki. Senaman ini adalah lebih baik jika digabungkan dengan senaman penguatan otot. Senaman penguatan otot dapat membakar lemak selama 36 jam walaupun selepas senaman.

 

  1. Track your progress untuk memotivasikan diri anda

Beli atau dapatkan mesin penimbang berat dan juga mesin yang boleh mengenal pasti jumlah lemak vicseral di dalam badan. Ini akan memberi anda motivasi dan membantu anda lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan.