Nasi Goreng Bunga Kubis Keto

Bahan-bahan

  • 1/3 kubis bunga
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 4 tangkai cili api
  • 1 batang sawi
  • 1-2 biji telur
  • 200g isi ayam
  • Lada hitam
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 titis Xeero

 

Cara penyediaan:

  1. Basuh, kisar atau hancurkan kubis bunga seperti nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili api sehingga naik bau.
  4. Masukkan isi ayam dan goreng separuh masak.
  5. Taburkan lada hitam, 1 titis Xeero & garam secukup rasa.
  6. Masukkan kubis bunga. Gaul sehingga sebati.
  7. Masukkan sawi. Biarkan beberapa minit.
  8. Gaul dan boleh terus hidang.

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan