Murtabak Sayur Keto

Bahan-bahan:

 

Bahan A

  • Kobis
  • Lada Benggala
  • Lobak merah
  • Daun bawang
  • Bawang

*di potong nipis

 

Bahan B:

  • Telur 3 biji
  • Tepung almond 2 sudu penuh
  • Rempah kari daging
  • Lada sulah
  • Garam Himalaya secukup rasa

*Pukul hingga sebati

 

Cara penyediaan:

  1. Campurkan Bahan B yang telah digaul sebati dengan Bahan A. Fungsi tepung almond dan telur adalah supaya adunan melekat.
  2. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan ke dalam pan, biar hingga masak (jangan lupa terbalikkan ya).
  4. Angkat dan siap untuk dihidang.

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan