Mufin Telur Keto

Bahan-bahan

 

Bahan A

  • 10 biji telur ayam saiz sederhana
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh lada hitam hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1-2 titis Xeero

 

Bahan B

  • 2 biji bawang holland, dipotong dadu
  • 8 ketul cendawan putih
  • 200 gram daging kisar
  • 6 batang jejari ketam, dihiris
  • 10-12 ekor udang biasa
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih

 

Bahan C

  • Keju cheddar secukupnya
  • 1 tangkai cili merah, dihiris halus
  • 1-2 pokok daun bawang, dihiris halus
  • Marjerin

 

 

Cara penyediaan:

  1. Tumiskan bawang dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan bahan B, lada sulah dan serbuk bawang putih.
  2. Tumis sehingga masak dan asingkan.
  3. Dalam bekas berasingan, masukkan semua bahan A dan pukul sehingga rata.
  4. Lumurkan sedikit marjerin pada dulang muffin. Masukkan separuh acuan bahan B dan letakkan separuh keju di atasnya.
  5. Kemudian tuangkan bancuhan bahan A sehingga 3/4 acuan penuh.
  6. Tambah lagi bahan B sehingga penuh & tuangkan sehingga acuan penuh.
  7. Letakkan baki keju di atas adunan dan taburkan cili serta daun bawang.
  8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 C selama 20 minit.

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan