Mayonis Keto

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak zaitun extra virgin
  • 2 sudu kecil air perahan lemon
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 titis Xeero (secukup rasa)

 

Cara penyediaan:

  1. Masukkan telur, air perahan lemon, lada hitam, garam dan Xeero ke dalam pengisar.
  2. Kisar perlahan-lahan dan masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit.
  3. Kisar sehingga pekat.
  4. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan