Masak Lemak Nanas Udang Keto

Bahan-bahan:

  • 1 buah nanas bersaiz sederhana, dipotong kecil
  • 15 ekor udang besar
  • 40g kunyit hidup
  • 7 biji bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 350ml santan
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 titis Xeero & garam secukup rasa

 

Cara penyediaan:

  1. Kisar kunyit, cili merah, bawang putih, bawang merah dan cili padi dengan 1/2 cawan air.
  2. Masukkan hirisan nanas ke dalam periuk di atas api sederhana.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis selama 2-3 minit.
  4. Tuangkan 1 1/2 cawan air dan biarkan kuah mendidih selama 2 minit.
  5. Masukkan daun kunyit dan tambah 1/2 sudu garam secukup rasa.
  6. Apabila kuah mula mendidih, masukkan udang.
  7. Selepas 5 minit, kecilkan api dan masukkan separuh daripada santan.
  8. Titiskan 2 titis Xeero & garam secukup rasa.
  9. Kacau, masukkan baki santan.
  10. Kacau selama 2 minit dan angkat dari api.

 

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan