Kek Oren Keto

Bahan-bahan:

 

Bahan A

  • 2 biji buah oren (direbus dengan kulit selama 1 jam)
  • 6 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 titis Xeero

 

Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung tepung almond
  • 1 sudu kecil baking powder

 

Cara penyediaan:

  1. Kisar buah oren (dibuang biji) untuk dijadikan puri.
  2. Panaskan oven 155 C. Griskan acuan bersaiz 9”.
  3. Pukul telur hingga gebu.
  4. Campurkan bahan B dalam mangkuk yang lain.
  5. Masukkan puri oren, esen vanila, Xeero dan telur. Masukkan adunan ini sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan B.
  6. Tuang ke dalam acuan.
  7. Bakar selama 40-45 min sehingga masak.

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan