Brownies Keto

Bahan-bahan

 

Bahan A

  • 4 sudu besar tepung almond
  • 1 sudu besar tepung kelapa
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

 

Bahan B

  • 2 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1-2 titis Xeero

 

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega di dalam cawan di dalam ketuhar mikro. Keluarkan.
  2. Masukkan telur, esen vanila dan Xeero. Kacau hingga sebati.
  3. Campurkan semua bahan A dalam bekas yang berlainan.
  4. Masukkan bahan A tadi perlahan-lahan. Kacau sebati.
  5. Masak dalam ketuhar mikro 1.5 minit dalam suhu maksimum atau sehingga masak.

Tinggalkan komen

Semua komen disederhanakan sebelum diterbitkan