Susu pekat manis punca obesiti? Benarkah?

Adakah anda peminat tegar susu isian pekat manis? Jika jawapannya ya, anda perlu baca ini terlebih dahulu sebelum meneruskan minuman kegemaran anda itu.

 

Kandungan gula adalah kesan yang paling ditakuti oleh kesihatan. Manakala pengaruh pengambilan minuman bersusu yang mempunyai kandungan gula, ini akan memberi kesan yang tidak baik dan meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Gula ataupun nama sainsnya ‘Sukros’. Ianya terdiri daripada gabungan molekul ‘Glukos’ dan ‘Fruktos’. Glukos ini boleh digunakan oleh semua sel badan untuk menghasilkan tenaga dan ianya tidak mendatangkan masalah.

Namun, yang menjadi masalahnya ialah fruktos. Ini kerana fruktos tidak boleh digunakan oleh semua sel badan. Apabila ia masuk ke dalam badan ia akan mengakibatkan beberapa kesan kepada badan dan kesihatan.

 

Nama lain fruktos adalah gula buah. Tetapi fruktos di dalam buah, Allah dah bagi dalam bentuk pakej iaitu adanya fruktos bersama-sama serat, isi, fitonutrisi dan juga anti-oksidan.

 

Pengambilan Gula/Fruktos yang berlebihan akan meningkatkan:

●        AGEs dalam badan.

○        Menyebabkan keradangan dalam badan. Ia akan mendedahkan badan kepada keradangan kronik termasuklah penyakit berangkai.

●        Meningkatkan hormon Ghrelin

○        Hormon ini akan dirembeskan di dalam badan menyebabkan kita sentiasa rasa lapar. Ia meningkatkan selera, membuatkan kita akan sentiasa mahu makan.

●        Adiktif atau ketagihan

○        Menyebabkan rasa ketagih pada gula ataupun makanan manis. Menghasilkan Dopamine di dalam otak. Ia menyebabkan kita rasa ketagih menyebabkan kita nak makan lagi.

●        Menyebabkan masalah metabolik

Kajian pada 2003 rakyat Malaysia mengambil 30 gram susu pekat bersamaan 16 gram gula, dianggarkan mereka juga mengambil tambahan 4 sudu gula sekitar 21 gram. Jumlahnya mereka mengambil 37 gram sehari gula.

Cek gula harian anda dan kurangkan pengambilan gula tersembunyi tanpa anda sedari.

 

Bermanfaat?

Kongsikannya dengan yang rakan-rakan ya.